Ahad, 13 Februari 2011

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 30/2011

Kepada:

Semua Ibu Bapa dan Penjaga
SK Kampong Baharu Sabak Bernam.

Tuan/puan,


NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 30/2011


Sukacita dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30/2011 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 24 Februari 2011 (Khamis)
Tempat: Dewan Yusuf Latif, SK Kampong Baharu
Masa: 2.30 hingga 6.00 petang.


Kepada ibu bapa atau penjaga yang tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan, dikehendaki memberi sumbangan sekurang-kurangnya RM10.00. Keputusan ini berdasarkan persetujuan mesyuarat agung PIBG kali ke 26 yang lalu.

Surat makluman dan borang akaun kehadiran serta borang usul telah diserahkan kepada anak tuan/puan. Sila kembalikan sebelum atau pada 18 Februari 2011 kepada guru kelas anak tuan/puan.

Keperhatinan tuan/puan di atas perkara ini diucapkan dengan jutaan terima kasih.

Sekian.